Khamis, 25 April 2013

ENGKAU INGIN BERJUANG?

Salam ceria


  Petang ni hujan lebat betul , kalau layan tido memang syok ooo...tu yang dok tengah mujahadah ni , tengah duduk-duduk datang pulak ilham nak buat posting , sebenarnya qal still lagi rasa tak mampu nak meneruskan agenda qal dengan blog ni , takut orang xleh nak terima , al maklumlah kalau kita nak kaitkan sesuatu perkara atau memperkatakan sesuatu perkara dengan islam mesti la bermula dengan diri sendiri barulah bawa kepada orang ramai..hmm.. termenung jap memikirkan diri qal ni yang banyak lagi kekurangan dan kelemahan , cmne la orang nak terima agaknya ? Muda2han abuya lah yang pandu , supaya setiap niat untuk memperkatakan kebenaran tu tak sia2 , dan dapat dikongsikan untuk kawan-kawan semua , sebab kebenaran itu wajib kita menerimanaya walaupun ia disampaikan oleh sesiapa , hatta budak kecil sekalipun , nak la qal kongsikan pada kawan-kawan sajak abuya ni


Engkau ingin berjuang

ENGKAU ingin memperjuangkan Islam
Perjuangkan Islam di dalam diri lebih dahulu
Engkau ingin didik orang, didiklah diri lebih dahulu
Engkau ingin menyampaikan risalah Islam?
Engkau hayati lebih dahulu
Kalau engkau merasa Islam itu satu kebenaran
Tegakkanlah kebenaran di dalam diri lebih dahulu
Islamkanlah diri lebih dahulu
Sebelum meng-Islamkan orang
Kalau tidak begitu, nanti akan ditertawakan orang
Jika di dalam diri belum kelihatan Islamnya
Mana boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam
Di dalam diri belum selesai
Mana boleh meyakinkan orang untuk menerimanya
Pakailah Islam itu di dalam diri lebih dahulu
Orang akan melihatnya
Kalau indah dilihatnya
Akan ramai pula yang akan memakainya
Islam bukan macam menjual barang
Apa yang kita jual tidak mesti kita pakai
Kita tidak memakai apa yang kita jual, orang tidak akan mempertikaikan
Tapi Islam adalah keyakinan, keindahan dan keselamatan
Tentulah kita dahulu yang mengamalkannya..

-Mursyid-

Begitulah rupanya kebenaran dan islam tu , sangat la berat dan sulitnya untuk memperjuangkannya hendaklah bermula dari diri sendiri , terasa berat je tugas menyampaikan kebenaran ni , kita tengok abuya tak pernah jemu-jemu mendidik kita yang ntah apa-apa perangai dan ragam ni , malunya la ngan abuya :'(... oklah ade kerja nak buat ni , smoga adala manfaat untuk kita semua , kalau layaaaaaan tido je tadi ~apapontakboleh~ hehe


P/s klu ade spe nk bg ulasan tntg sjak ni boleh la kongsi2kan..xsbar qal nak baca..


@bwah langit atas bumi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan